Sabtu, 27 Oktober 2012

Pencemaran Alam Tahun 4


Berdasarkan video cuba murid-murid tulis 5 ayat yang gramatis


Selamat Mencuba!!!!!!

Selasa, 23 Oktober 2012

KATA GANTI NAMA DIRI


Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama sesuatu sama ada secara umum atau khusus.

Terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

1. Kata ganti diri pertama 

-saya,aku, patik,beta,kita, kami

Kata ganti diri pertama digunakan bagi menggantikan diri orang yang bercakap.
Contoh ayat : Nama saya Syahirah binti Abu Bakar.

2. Kata ganti diri kedua
- awak, kamu, anda, tuan hamba kalian .
Kata ganti nama diri kedua digunakan bagi menggantikan diri orang yang diajak bercakap atau orang yang sedang mendengar percakapan .
Contoh ayat :  " Kamu demam ?" tanya ayah kepadaku.

3. kata ganti diri ketiga .
 -ia , dia,-nya, mereka 
Kata ganti nama diri ketiga digunakan bagi menggantikan diri orang lain yang diperkatakan halnya .
Contoh ayat : Mereka bermalam di kawasan hutan lipur .

Latihan .

Isik tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai .

1. Ini Badrul . __________ berumur 10 tahun.
    A)   Dia                           B)   Kami
    C)   Beliau                       D)   Aku

2.Encik Rahman doktor . _____________ beliau bertugas di Hospital Kuala Lumpur.
    A)  Mereka                    B)   Beliau
    C)  Kita                          D)   Anda


3. _________ hendak ke mana Amin ?
    A)  Hamba                     B)   Aku
    C)  Anda                        D)   Engkau

4." Sediakan makanan kerana _____________ hendak santap sebentar lagi ", titah sultan .
   A)   patik                        B)   hamba
   C)   beta                         D)   aku

5. _______ kita perlu berwaspada ketika berada dijalanraya .
    A)   Kita                         B)   Kami
    C)   Ia                             D)   Nya



Sabtu, 20 Oktober 2012

Penulisan A


Jom buat ulangkaji 





   

1. Seorang murid perempuan sedang menerima hadiah daripada guru besar sempena Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan  Seri Kelebang.




















2. Pada hari tersebut juga turut diadakan persembahan drama yang telah dijayakan oleh murid-murid perempuan
3. Empat orang murid telah memegang watak sebagai pokok bunga .
4. Seorang murid perempuan memakai tudung yang berwarna merah sedang  berdiri di atas pentas .



















5. Penolong Kanan  1 iaitu Puan Sabariah turut berucap pada hari anugerah cemerlang tersebut.







Rabu, 17 Oktober 2012

Penulisan bahagian c

Minggu lepas cikgu telah sentuh tentang penulisan A. Untuk murid-murid yang mengikuti kelas PROTIM cikgu nak terangkan sikit tentang mencari nilai berdasarkan ayat dalam penulisan C

Jika terdapat perkataan berikut dalam sesebuah ayat, murid-murid bolehlah menggunakan garis panduan yang cikgu berikan: 

1. berterima kasih 
    - mengenang budi 

2. berbaris                                
    - berdisiplin 

3. jujur                                     
    - amanah

4. mengucapkan selamat pagi 
    - bersopan-santun

5. rajin membuat ulangkaji     
    - bertanggungjawab .

contoh ayat :

Pakcik Ali mengucapkan terima kasih kepada Abid kerana telah menolongnya melintas jalanraya.

nilai murni - Kita hendaklah mengenang jasa dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menolong kita.

Latihan. 

Cuba murid-murid jawab latihan berikut:

1.Hanan berbaris ketika membeli makanan.( ______________ )

2.Najihah memulangkan dompet yang dijumpainya kepada guru disiplin. ( ________________ )

3. Azizi mengucapkan selamat pagi ketika berjumpa dengan  cikgu Syidah.( ________________ )

4. Setiap hari Natasya akan mengulangkaji pelajarannya tanpa disuruh oleh ibu. ( __________________ )

Sabtu, 13 Oktober 2012

Tatabahasa

Baik hari ini, mari kita belajar tatabahasa  Cikgu dapati masih ramai murid-murid cikgu lemah menggunakan tanda baca. Ada beberapa tanda baca yang mesti murid-murid ingat seperti :

a) . noktah
b) , koma
c) ? tanda soal
d) ! tanda seru
e) " pembuka kata
f) " penutup kata


Tanda . kita gunakan di akhir ayat. Contohnya :  Saya ada buku.

Tanda , kita gunakan apabila menyenaraikan lebih dari tiga benda atau perkara dalam ayat.
Contohnya :  Ibu ke kedai membeli ikan , sayur, beras, dan buah-buahan.

Tanda ? digunakan apabila kita bertanya atau menyoal seseorang.
Contohnya :  Siapakah  nama awak ?
                    Berapakah umur awak ?

Tanda ! digunakan untuk menyatakan perasaan.
Contoh :    Aduh, sakitnya gigiku !
                 Eh, kamu rupanya !

" dan " kata pula kita gunakan apabila kita mengajuk cakap seseorang.
Contoh :  " Saya tidak hadir semalan kerana saya deman cikgu. " Kata Aiman kepada cikgu Salawati .

Jika murid-murid telah faham cuba buat latihan ini .

1. Amboi, cantikya baju awak  (         )
2. Di manakah awak tinggal     (         )
3. Saya tinggal di Chemor        (         )



Khamis, 4 Oktober 2012

Cara mudah menjawab penulisan A tahun 4



Hai murid-murid yang cikgu sayang, hari ini cikgu nak beri panduan cara menjawab penulisan bahagian A dengan mudah. Lihat gambar di bawah



Panduan

Apabila hendak buat ayat yang gramatis, murid-murid hendaklah menggunakan lima prinsip

1. Siapa
2. Di mana
3. Bila
4. Bagaimana
5. Mengapa

Contoh : Siapa ( murid-murid sekolah )
              Di mana ( padang sekolah )
              Bila ( pada hari sukan )

Contoh ayat lengkap:

Murid-murid sekolah sedang berkawad di padang pada hari sukan.

Contoh 2 : siapa ( Pasukan Bulan Sabit Merah )
                 mengapa ( turut mengambil bahagian )
                 di mana ( padang sekolah )
                 bila ( pada hari sukan )

Ayat lengkap :

Pasukan Bulan Sabit Merah turut mengambil bahagian dalam acara perbarisan di padang sekolah pada hari sukan