Sabtu, 13 Oktober 2012

Tatabahasa

Baik hari ini, mari kita belajar tatabahasa  Cikgu dapati masih ramai murid-murid cikgu lemah menggunakan tanda baca. Ada beberapa tanda baca yang mesti murid-murid ingat seperti :

a) . noktah
b) , koma
c) ? tanda soal
d) ! tanda seru
e) " pembuka kata
f) " penutup kata


Tanda . kita gunakan di akhir ayat. Contohnya :  Saya ada buku.

Tanda , kita gunakan apabila menyenaraikan lebih dari tiga benda atau perkara dalam ayat.
Contohnya :  Ibu ke kedai membeli ikan , sayur, beras, dan buah-buahan.

Tanda ? digunakan apabila kita bertanya atau menyoal seseorang.
Contohnya :  Siapakah  nama awak ?
                    Berapakah umur awak ?

Tanda ! digunakan untuk menyatakan perasaan.
Contoh :    Aduh, sakitnya gigiku !
                 Eh, kamu rupanya !

" dan " kata pula kita gunakan apabila kita mengajuk cakap seseorang.
Contoh :  " Saya tidak hadir semalan kerana saya deman cikgu. " Kata Aiman kepada cikgu Salawati .

Jika murid-murid telah faham cuba buat latihan ini .

1. Amboi, cantikya baju awak  (         )
2. Di manakah awak tinggal     (         )
3. Saya tinggal di Chemor        (         )



2 ulasan:

  1. penerangn yg cikgu berikan scr tdk lngsung dpt membntu murid spya lebih jelas tntg peggunaan tatabahasa dlm matapelajaran bhs melayu di sekolah.

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu.penerangan cikgu yang ringkas mudah saya faham...

    BalasPadam