Selasa, 27 November 2012

Penulisan B

Penulisan B

Contoh karangan keperihalan .


Tajuk : Pengalaman  Semasa Cuti Sekolah .



             Pada cuti sekolah yang lepas, ayah telah membawa kami balik ke kampung. Kampung kami terletak di Temerloh , Pahang. Sebelum bertolak saya dan kakak menyediakan pakaian yang hendak dibawa .Ibu berpesan supaya kami membawa  pakaian yang banyak memandangkan  pada ketika itu adalah musin hujan
          Sebelum bertolak saya membantu ayah memastikan dapur gas dan suis elektrik telah ditutup. Selepas itu, saya membantu ibu dan kakak mengunci pintu dan tingkap .Saya dan kakak berasa sangat teruja kerana kami telah lama tidak balik ke kampung .
             Setelah enam jam perjalanan kami pun sampai. Ketibaan kami telah disambut oleh aki dan wan. Baru saja lima minit  duduk di anak tangga, tiba-tiba saya terdengar bunyi benda jatuh dari tempat yang  tinggi . Wan beritahu kepada saya bahawa ia adalah bunyi buah durian yang gugur. Dengan tidak berlengah saya dan kakak pun segera kebelakang rumah untuk mengutip buah durian tersebut. Seronok rasanya , kerana ia merupakan pengalaman kali pertama saya mengutip buah durian.
             Setelah menikmati makan tengah hari , saya dan aki berbual-bual sambil menikmati buah durian sebagai pencucui mulut . Saya hanya dapat makan seulas sahaja kerana kekeyangan dek penangan  gulai tempoyak ikan patin masakan wan .
              Saya dan kakak telah dibawa oleh aki ke dusun yang terletak dihujung kampung .Saya dan kakak telah mengait buah rambutan . Hampir semua pokok rambutan aki berbuah dengan lebat .Rasa buah itu pula sangat manis  dan longkah .Ibu pula menolong wan mengikat buah rambutan untuk dijual kepada peraih yang datang.
             Oleh kerana terlalu banyak buah durian yang gugur saya telah membantu wan membuat tempoyak.
Biasanya tempoyak digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan. Tempoyak itu wan simpan dengan baik dan akan diberikan sebagai buah tangan kepada saudara mara yang datang bertandang .
              Selama seminggu saya di kampung , tibalah masanya saya balik ke Ipoh. Sebelum balik , wan telah membekalkan kami dengan sayur-sayuran kampung dan beberapa sikat pisang tanduk. Kami telah bersalam salaman dengan aki dan wan .Walaupun percutian sangat singkat , namun saya berasa sangat gembira kerana pelbagai pengalaman telah saya peroleh dan saya akan menceritakan pengalaman saya ini kepada kawan-kawan saya .








Tiada ulasan:

Catat Ulasan